myBASKonsesi

Pas Transit myBASKonsesi adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dari kategori berikut untuk menikmati tambang percuma di semua perkhidmatan myBAS Johor Bahru.

Terdapat 3 cara untuk menggunakan pas transit myBASKonsesi ini:

  • Secara dalam talian melalui aplikasi LUGO
  • MyKad / MyTentera
  • Kad myBASKonsesi

Daftar sekarang dan nikmati pengembaraan percuma anda.

Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • Kelayakan: Warganegara Malaysia dan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Nikmati perjalanan tanpa had di semua laluan perkhidmatan myBAS Johor Bahru.
  • Pemohon diwajibkan membawa MyKad/MyTentera dan kad OKU dari JKM asal untuk tujuan pengesahan.
  • Permohonan kad MyKad/MyTentera/Kad myBASKonsesi boleh dilakukan di kaunter ManjaLink yang terpilih.
  • Langganan Aplikasi LUGO tersedia
  • Sah selama 365 hari.
  • Kad myBASKonsesi adalah percuma untuk kali pertama. Setiap permohonan kad baharu akan dikenakan caj.

Warga Emas

  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Nikmati perjalanan tanpa had di semua laluan perkhidmatan myBAS Johor Bahru.
  • Pemohon diwajibkan membawa MyKad/MyTentera asal untuk tujuan pengesahan.
  • Permohonan kad MyKad/MyTentera/Kad myBASKonsesi boleh dilakukan di kaunter ManjaLink yang terpilih.
  • Langganan Aplikasi LUGO tersedia.
  • Sah selama 365 hari.
  • Kad myBASKonsesi adalah percuma untuk kali pertama. Setiap permohonan kad baharu akan dikenakan caj.

Kanak-kanak & Pelajar

  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun.
  • Nikmati perjalanan tanpa had di semua laluan perkhidmatan myBAS Johor Bahru.
  • Pemohon diwajibkan membawa MyKid/MyKad/MyTentera asal untuk tujuan pengesahan.
  • Permohonan kad MyKad/MyTentera/Kad myBASKonsesi boleh dilakukan di kaunter ManjaLink yang terpilih.
  • Langganan Aplikasi LUGO tersedia.
  • Langganan hanya sah sehingga akhir tahun. Pembaharuan perlu dibuat pada atau sebelum 31 Disember tahun tersebut.
  • Kad myBASKonsesi adalah percuma untuk kali pertama. Setiap permohonan kad baharu akan dikenakan caj.

Cara Mendaftar myBASKonsesi?

Aplikasi LUGO

MUAT TURUN APLIKASI LUGO

Tekan butang “Pas Transit myBAS” untuk daftar dan langgan secara percuma melalui aplikasi LUGO sekarang! 

Sila gunakan aplikasi LUGO untuk naik bas jika anda melanggan Pas Transit myBAS50 dari aplikasi LUGO

MyKad/MyTentera

PERGI KE KAUNTER MANJALINK TERPILIH

Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan secara percuma anda terletak di: – JB CIQ
– KSL City Mall
– TF Value-Mart Nusa Bestari
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai
– Terminal Taman Ungku Tun Aminah

Kad myBASKonsesi

PERGI KE KAUNTER MANJALINK TERPILIH

(Akan Datang Apabila Stok Kad Telah Tersedia)

Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan secara percuma anda terletak di:

– JB CIQ
– KSL City Mall
– TF Value-Mart Nusa Bestari
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai
– Terminal Taman Ungku Tun Aminah

Talian Perkhidmatan: +607 360 2244

Emel: feedback@causewaylink.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui pautan di bawah.