myBAS Introductory Promotion: Ride & Win Campaign Terms & Conditions

  • Help
  • myBAS Introductory Promotion: Ride & Win Campaign Terms & Conditions

myBAS Introductory Promotion: Ride & Win Campaign Terms & Conditions

Mekanisma serta syarat yang dinyatakan di bawah adalah dikawal selia oleh Handal Indah Sdn Bhd untuk promosi pengenalan myBAS bagi Kempen “Ride and Win”. Dengan menyertai kempen ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan bagi kempen ini.

TERMA:

Peserta dengan ini dianggap sebagai penumpang atau pelanggan Handal Indah Sdn Bhd.

Penganjur dengan ini dianggap sebagai Handal Indah Sdn Bhd termasuk syarikat subsidiarinya.

 

SYARAT-SYARAT:

Kelayakan

  • Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan
  • Pelanggan di bawah umur 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menyertai kempen ini.

Tempoh Kempen

  • Kempen ini akan diadakan seperti tarikh berikut:
    • 25 April 2022- 30 Mei 2022
  • Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, menangguhkan atau menjadualkan semula tempoh kempen mengikut budi bicara mutlaknya.
  • Penganjur boleh menamatkan atau menggantung kempen pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.

Hilang Kelayakan

  • Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta sekiranya mereka cuba untuk mengganggu kelancaran kempen dengan penipuan, mengelirukan atau tidak jujur.
  • Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta pada mana-mana peringkat tempoh acara jika peserta tidak layak dan melanggar mana-mana Terma dan Syarat kempen atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai

Mekanisma Kempen

Langkah 1: Penumpang perlu memuat turun aplikasi LUGO

Langkah 2: Penumpang perlu menaiki mana-mana perkhidmatan myBAS Johor Bahru dan menyimpan tiket bas tersebut.

Langkah 3: Penumpang perlu menunjukkan aplikasi LUGO dan resit bas di Kaunter ManjaLink di JB Sentral untuk menebus baucar

Penebusan Baucar

  •  Baucar mesti dituntut sebelum 1 Jun 2022.
  • Baucar Watsons tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  • Baucar Tunai Watsons boleh ditebus dalam satu transaksi dengan berbilang baucar (tiada jumlah perbelanjaan minimum diperlukan.
  • Pelanggan hanya boleh menggunakan baucar tunai Watsons di semua rangkaian Watsons di yang terdapat di AEON Mall Malaysia

Terma lain:

  • Ketidakpatuhan kepada Terma dan Syarat dalam tempoh pertandingan boleh mengakibatkan kehilangan kelayakan.
  • Peserta dengan ini membenarkan Penganjur untuk menggunakan nama, gambar dan tanda ‘suka”daripada platform media sosial untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa pampasan atau apa-apa sahaja melainkan yang telah dilarang oleh undang-undang.
  • Dengan menyertai kempen ini, peserta dan ibu bapa atau penjaga sah masing-masing telah bersetuju untuk melepaskan, tidak mengenakan atau membebankan  penganjur, anak syarikat, sekutu, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya daripada semua liabiliti, kos, kecederaan, kerugian atau kerosakan dari apa-apa jenis yang timbul daripada atau berkaitan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
  • Semua bahan termasuk gambar, karya seni yang digunakan dalam kempen ini akan menjadi hak milik mutlak Handal Indah Sdn Bhd.
  • Handal Indah Sdn Bhd berhak untuk menghantar mesej SMS, e-mel pemberitahuan atau menghubungi peserta dan ibu bapa masing-masing dan atau penjaga yang sah yang untuk menyampaikan maklumat mengenai mekanik serta pengumuman berkenaan kempen.
  • Ketidaksahan, penyalahgunaan atau tidak boleh dilaksanakan mana-mana terma tersebut tidak akan menjejaskan atau menghalang penguatkuasaan  terhadap Terma dan Syarat bagi kempen ini
  • Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memadam atau menambah pada bila-bila masa Terma dan Syarat termasuk mekanisme Kempen ini mengikut budi bicara mutlaknya.

Dasar Privasi

Source:http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Act%20709%2014%206%202016.pdf . This campaign follows ACT 709 PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 PUBLISHED ON 10TH JUNE 2010.

 

Close Menu
WEB04