Pas Transit myBAS50

Satu pas perjalanan bas berharga RM50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada Warganegara Malaysia untuk menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 anda:

  • Secara dalam talian melalui aplikasi LUGO
  • Melalui kaunter Causeway Link atau ManjaLink yang berikut :
    •  JB CIQ
    • KSL City Mall
    • TF Value-Mart Nusa Bestari
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai

Daftar sekarang dan nikmati perjalanan tanpa had anda bermula dari 1 April 2023.

Kategori myBAS50

Aplikasi LUGO

IMBAS kod QR semasa NAIK dan sebelum TURUN bas untuk setiap perjalanan

Naik
Turun

Untuk langganan melalui aplikasi LUGO, penggunaan dan pembaharuan juga melalui aplikasi LUGO sahaja

MyKAD

SENTUH MyKAD / MyTentera semasa NAIK dan sebelum TURUN bas untuk setiap perjalanan

Naik
Turun

Untuk langganan melalui kauter, penggunaan melalui MyKad sahaja dan pembaharuan melalui laman web atau di kaunter sahaja

Cara Mendaftar myBAS50?

Aplikasi LUGO

Daftar dan langgan melalui aplikasi LUGO sekarang!

Kaunter

Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan anda terletak di:

– JB CIQ  
– KSL City Mall
– TF Value-Mart Nusa Bestari 
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai 

Soalan Lazim

Anda mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah untuk layak melanggan Pas Transit MyBAS

Harga Pas Transit myBAS50 ialah RM50 untuk 30 hari.

Pas Transit myBAS50 sedia untuk dilanggan mulai 13 Mac 2023

Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 iaitu melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink  atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.

Ini bergantung kepada cara anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 anda.

Telefon Pintar (aplikasi LUGO)
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui aplikasi LUGO, ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk permohonan diluluskan. Namun selepas lulus (anda akan menerima notifikasi) dan pembayaran dibuat, anda boleh terus menggunakan Pas Transit myBAS50 pada aplikasi LUGO anda di dalam bas.

Kaunter
Jika anda mendaftar dan melanggan Pas Transit myBAS50 melalui kaunter ManjaLink, pengesahan kelulusan dan pembayaran adalah serta merta. Namun, selepas pembayaran dibuat anda perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum anda boleh menggunakan Pas Transit myBAS50 pada MyKad/MyTentera anda di dalam bas.

⚠️Penting
Sila ambil perhatian bahawa walaupun pendaftaran untuk langganan dibuka awal iaitu bermula 13 Mac 2023, namun Pas Transit myBAS50 anda hanya boleh digunakan di dalam bas paling awal pada 1 April 2023 bergantung kepada tarikh mula yang anda pilih. 

Talian Perkhidmatan: +607 360 2244

Emel: feedback@causewaylink.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui pautan di bawah.